Showing posts with label Irfan Khairi. Show all posts
Showing posts with label Irfan Khairi. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

3 Strategi Perniagaan Steve Jobs



  • Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. 
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!
  • Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya. 
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.
Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!
  • Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.
Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

by Irfan Khairi

Monday, October 15, 2012

Minda separuh sedar (Subconcious Mind)



Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.
Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).
Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.
Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.
Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…
Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!
by Irfan Khairi

Wednesday, October 10, 2012

Idea perniagaan ketika di Australia



Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…
  • Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
  • Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik! Ingin melihat idea ini? Klik di sini… namanya Oovie.
  • T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… ;) Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?
Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.
Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!

by Irfan Khairi

Monday, October 1, 2012

Teknik mendapatkan idea perniagaan



Satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri... dan orang lain!

Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling ada, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan penting berikut:
  • Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain? 
  •  Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
  • Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini - lokasi? pasaran berbeza? harga?
  • Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakaha halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.
Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!

Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak- sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri! ;)

Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda- tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain... tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera!