Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…
- Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
- Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik! Ingin melihat idea ini? Klik di sini… namanya Oovie.
- T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?
Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.
Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!
by Irfan Khairi
by Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment